Selama tiga bulan Patrol Denggi SKJMB terlibat secara langsung dalam aktiviti memerangi Aedes dan Denggi. Video yang dihasilkan merupakan rumusan aktiviti di mana Patrol Denggi SKJMB mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada seluruh warga SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak, guru-guru, AJK PIBG, masyarakat setempat, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kerian dan ibubapa murid-murid. Segala jasa baik, kerjasama dan sokongan yang diberikan amat kami hargai dan sanjungi.
Tiada Aedes, Tiada Denggi! Jom, gempur Aedes!
Video Patrol Denggi SKJMB
Saturday, 11 October 2014
Kartunis Denggi SKJMB
Akhirnya daripada pertandingan melukis poster denggi yang telah diadakan dahulu, maka terserlah sudah bakat yang selama ini terpendam. Bakat cilik yang kami tampilkan ialah adik Nurul Aini Bt Jawadi dari kelas 5 Berlian. Beliau merupakan pemenang Pertandingan Melukis Poster Denggi dan sangat berbakat melukis kartun.
Adik Nurul Aini mula melakar kartun denggi dan berupaya menyiapkan hasil kerjanya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Berikut merupakan hasil akhir kartun denggi daripada kartunis denggi SKJMB. Menarik bukan? ;-)
Berikut merupakan hasil akhir kartun denggi daripada kartunis denggi SKJMB. Menarik bukan? ;-)
Tuesday, 30 September 2014
Lawatan ke Pusat Kesihatan Daerah Kerian
Sempena penyertaan kami dalam Pertandingan Patrol Denggi anjuran Sanofi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, dua orang guru Patrol Denggi telah berkunjung membuat lawatan ke Pusat Kesihatan Daerah Kerian.
Tujuan lawatan adalah untuk memaklumkan kepada pihak PKD tentang penyertaan kami ini dan seterusnya menjalinkan kerjasama yang erat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti melibatkan aedes dan denggi. Kami telah bertemu dengan anggota kesihatan yang telah banyak membantu memberi penerangan dan penjelasan tentang situasi wabak denggi di daerah Kerian.

Aktiviti Menjawab Soal Selidik Patrol Denggi
Hari ini semua ahli Patrol Denggi SKJMB telah menjawab satu soal selidik selepas Program Patrol Denggi dijalankan.
Kesemuanya kelihatan tekun mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pn. Hartini Bt Samsudin selaku guru Patrol Denggi.
Masa yang diambil untuk menjawab adalah selama 20 minit.
Semoga berjaya! :-)

Promosi Aktiviti Patrol Denggi SKJMB
Ahli Patrol Denggi SKJMB sedia berkongsi maklumat tentang bahayanya demam denggi dan cara-cara menghapuskan nyamuk Aedes dengan semua peringkat warga sekolah dan juga masyarakat setempat.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah menampal poster-poster tentang bahayanya Aedes ini di sekitar kawasan sekolah.
Patrol Denggi SKJMB juga turut membuat poster iklan tentang bentuk media sosial yang digunakan untuk berhubung dengan warga sekolah dan masyarakat setempat. Antaranya ialah melalui blog http://patroldenggiskjmb.blogspot.com/, laman instagram, patroldenggiskjmb, kumpulan Facebook, DENGUE PATROL SKJMB dan juga laman tweeter, @patrolskjmb .
Patrol Denggi turut menghebahkan kepada murid-murid SK Jalan Matang Buluh secara terus tentang fakta-fakta penting yang perlu diketahui untuk menangani wabak denggi ini. Berkongsi fakta dan idea dapat menambahkan pengetahuan sedia ada murid-murid.

Monday, 29 September 2014
Gotong-royong Perdana- Jom Gempur Aedes anjuran Patrol Denggi SKJMB
Pada 27.9.2014 yang lalu telah diadakan Gotong-royong
Perdana- Jom gempur Aedes anjuran Patrol Denggi SKJMB dengan kerjasama PIBG, guru-guru dan
murid-murid SKJMB. Aktviti gotong-royong ini telah dirasmikan oleh Naib Yang
Dipertua PIBG iaitu En. Azadi Sani B Rahiman.
Pendaftaran peserta telah dilakukan oleh ahli Patrol Denggi
dan majlis telah dimulakan seawal jam 8.30 pagi. Selain daripada ahli PIBG
sekolah, ramai juga ibu bapa murid yang turut hadir dengan membawa pelbagai
jenis peralatan untuk bergotong-royong.
Sessi pendaftaran |
Barisan guru-guru dan ibu bapa |
Murid-murid yang hadir |
Patrol Denggi SKJMB |
Sessi ceramah turut diselang-seli dengan soalan kuiz. Sambutan murid-murid sangat menggalakkan sehinggakan apabila masa telah tamat untuk aktiviti seterusnya, masih ramai lagi murid yang ingin menjawab soalan kuiz.
Sessi ceramah sedang dijalankan |
Antara murid yang dapat menjawab soalan kuiz dengan tepat |
Setelah menikmati jamuan makan, murid-murid menonton video
berkenaan maklumat denggi yang ditayangkan di dewan sekolah. Pameran tentang aedes dan denggi juga turut diadakan sebagai acara sampingan.
Buku skrap hasilan Patrol Denggi SKJMB |
Tidak ketinggalan untuk bergambar dengan aedes gergasi |
Model nyamuk aedes hasilan Patrol Denggi SKJMB |
Model nyamuk dari PKD Kerian |
Antara bahan pameran yang dipamerkan |
Kemudian, majlis
diteruskan dengan aktiviti gotong-royong. Murid-murid dan ibu bapa yang hadir
dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan yang akan dibersihkan.
Setiap kumpulan diketuai dan diselia oleh seorang guru.
Pembahagian kawasan gotong-royong |
Ceria memerangi aedes |
Kita kutip semuanya! |
Antara guru yang mengambil bahagian |
Patrol Denggi SKJMB |
Aktiviti gotong-royong ini selesai pada jam 11.30 pagi. Kelihatan kawasan sekolah lebih kemas dan bersih berbanding sebelum gotong-royong dijalankan. Kesemua sampah yang dikutip kemudiannya dikumpul ke dalam tong sampah besar yang disediakan oleh puhak Majlis Daerah Kerian. Jom gempur Aedes telah selesai pada hari ini! :-)
Sunday, 28 September 2014
Tarian Denggi
Hari yang cerah dan ceria pada hari ini turut dimeriahkan lagi dengan acara Tarian Denggi oleh Patrol Denggi SKJMB. Turut sama menyertai ialah barisan guru dan pentadbir yang sangat 'sporting' :-)
Majlis dimulai dengan sedikit adegan sketsa oleh 'nyamuk-nyamuk Aedes' yang sememangnya berbakat besar.
Sketsa menceritakan tentang bagaimana Patrol Denggi SKJMB berusaha membanteras nyamuk Aedes dan demam denggi.
Nyamuk aedes gergasi yang telah menjadi tawanan patrol denggi skjmb juga turut dipamerkan semasa aktiviti sedang berlangsung.
Tarian Denggi ini turut sama dijayakan oleh murid-murid Tahun 3, 4. 5 dan 6. Sungguh meriah dan asyik sekali mereka menari.
Secara keseluruhannya perjalanan aktiviti hari ini sangat menggembirakan dan membuatkan semua murid yang terlibat peka tentang bahayanya nyamuk Aedes dan demam denggi. Jom gempur Aedes!
Patrol Denggi SKJMB |
'Abang Aed' aka Abang Aedes |
Majlis dimulai dengan sedikit adegan sketsa oleh 'nyamuk-nyamuk Aedes' yang sememangnya berbakat besar.
Sketsa sedang berlangsung |
Kitar hidup nyamuk Aedes |
Patrol Denggi SKJMB bersemangat memerangi nyamuk Aedes |
Nyamuk dengan bangganya menerangkan tentang kitar hidupnya |
Akhirnya tumpas juga semua nyamuk yang merbahaya |
Nyamuk Aedes sebelum mati dibunuh |
Enjoy! |
Patrol Denggi SKJMB |
Aedes pun menari! |
Guru-guru yang sangat sporting! |
Dah letih ke tu? ;-) |
Secara keseluruhannya perjalanan aktiviti hari ini sangat menggembirakan dan membuatkan semua murid yang terlibat peka tentang bahayanya nyamuk Aedes dan demam denggi. Jom gempur Aedes!
Subscribe to:
Posts (Atom)