Pada 27.9.2014 yang lalu telah diadakan Gotong-royong
Perdana- Jom gempur Aedes anjuran Patrol Denggi SKJMB dengan kerjasama PIBG, guru-guru dan
murid-murid SKJMB. Aktviti gotong-royong ini telah dirasmikan oleh Naib Yang
Dipertua PIBG iaitu En. Azadi Sani B Rahiman.
Pendaftaran peserta telah dilakukan oleh ahli Patrol Denggi
dan majlis telah dimulakan seawal jam 8.30 pagi. Selain daripada ahli PIBG
sekolah, ramai juga ibu bapa murid yang turut hadir dengan membawa pelbagai
jenis peralatan untuk bergotong-royong.
|
Sessi pendaftaran |
|
Barisan guru-guru dan ibu bapa |
|
Murid-murid yang hadir |
|
Patrol Denggi SKJMB |
Pihak Pejabat Kesihatan Daerah telah turut sama hadir bagi
menyampaikan ceramah tentang bahayanya nyamuk Aedes dan demam denggi kepada para
hadirin. Ceramah telah disampaikan oleh En. Hashim B Hj Ramli, Penolong Pegawai
Kesihatan Persekitaran Kanan PKD Kerian.
Sessi ceramah turut diselang-seli
dengan soalan kuiz. Sambutan murid-murid sangat menggalakkan sehinggakan
apabila masa telah tamat untuk aktiviti seterusnya, masih ramai lagi murid yang
ingin menjawab soalan kuiz.
|
Sessi ceramah sedang dijalankan |
|
Antara murid yang dapat menjawab soalan kuiz dengan tepat |
Setelah menikmati jamuan makan, murid-murid menonton video
berkenaan maklumat denggi yang ditayangkan di dewan sekolah. Pameran tentang aedes dan denggi juga turut diadakan sebagai acara sampingan.
|
Bahan Pameran |
|
Buku skrap hasilan Patrol Denggi SKJMB |
|
Tidak ketinggalan untuk bergambar dengan aedes gergasi |
|
Model nyamuk aedes hasilan Patrol Denggi SKJMB |
|
Model nyamuk dari PKD Kerian |
|
Antara bahan pameran yang dipamerkan |
Kemudian, majlis
diteruskan dengan aktiviti gotong-royong. Murid-murid dan ibu bapa yang hadir
dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan yang akan dibersihkan.
Setiap kumpulan diketuai dan diselia oleh seorang guru.
|
Pembahagian kawasan gotong-royong |
|
Ceria memerangi aedes |
|
Kita kutip semuanya! |
|
Antara guru yang mengambil bahagian |
|
Patrol Denggi SKJMB |
Aktiviti gotong-royong ini selesai pada jam 11.30 pagi. Kelihatan kawasan sekolah lebih kemas dan bersih berbanding sebelum gotong-royong dijalankan. Kesemua sampah yang dikutip kemudiannya dikumpul ke dalam tong sampah besar yang disediakan oleh puhak Majlis Daerah Kerian. Jom gempur Aedes telah selesai pada hari ini! :-)
No comments:
Post a Comment