Pada hari Khamis bertarikh 4 September yang lalu, ahli Patrol Denggi SKJMB telah bersama-sama dengan anggota kesihatan Unit Kawalan Vektor telah menjalankan aktviti 'fogging' di Taman Serai Permai, Bagan Serai, Perak.
|
Patrol Denggi SKJMB bersama anggota kesihatan yang terlibat dalam aktiviti 'fogging' |
'Fogging' ini dijalankan berikutan satu kes denggi telah dilaporkan dan pesakit kini sedang dirawat di Hospital Parit Buntar. Aktiviti bermula sekitar jam 6.30 petang kerana nyamuk aedes aktif pada waktu ini. Tujuan 'fogging' ini adalah untuk membunuh nyamuk aedes dewasa yang mempunyai virus denggi.
|
Anggota kesihatan sedang bersiap sedia bagi memulakan aktiviti 'fogging' |
Sebelum aktiviti 'fogging' dijalankan, pengumuman dibuat kepada penduduk sekitar yang terlibat untuk memastikan semua makanan ditutup dan pintu rumah dibuka. Penduduk juga diminta supaya berada di luar rumah semasa aktiviti ini dijalankan.
Aktiviti ini melibatkan bukan sahaja pada rumah kes yang dilaporkan, tetapi turut sama ialah kawasan sekitar dalam jarak 200 meter radius.
|
Proses penyemburan giat dijalankan |
|
Antara Patrol Denggi yang turut serta dalam aktiviti 'fogging' |
|
Lagi ahli Patrol Denggi SKJMB yang turut serta |
|
Ahli Patrol Denggi SKJMB bersama-sama dengan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Encik Megat Arif B Megat Ahmad | |
Selesai aktiviti 'fogging' dijalankan, ahli Patrol Denggi SKJMB turut diberi peluang melihat dan menggalas sendiri mesin penyembur yang digunakan oleh anggota kesihatan. Sedikit info tentang penggunaan mesin turut dikongsi bersama. Ahli Patrol Denggi SKJMB merasa sangat bertuah kerana diberi peluang yang amat bermakna untuk turut sama dengan anggota kesihatan menjalankan aktiviti pada kali ini.
|
Muhammad Afif B Fairos cuba menggalas sendiri mesin 'fogging' |
Jutaan terima kasih dirakamkan kepada Encik Megat Arif B Megat Ahmad, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan semua petugas Jabatan Kesihatan Daerah Kerian yang terlibat semoga kerjasama yang terjalin ini akan mendedahkan lagi ahli Patrol Denggi SKJMB kepada pengetahuan tentang bahayanya aedes dan denggi.
No comments:
Post a Comment