Tuesday, 2 September 2014

Gotong-royong Sempena Memerangi Denggi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia

Pada 2.9.2014 yang lalu ahli Patrol Denggi SKJMB telah bersama-sama terlibat dalam satu program gotong-royong memerangi aedes. Gotong-royong tersebut telah diadakan di Kampung Nelayan, Kuala Kurau, Perak disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Program ini juga telah mendapat kerjasama yang sangat erat daripada JKK kampung dan masyarakat setempat.


Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kerian iaitu Dato Hamzah B Hussin. Majlis dimulai dengan sedikit taklimat ringkas daripada pegawai kesihatan yang bertugas dan seterusnya gotong-royong dijalankan. Seramai sepuluh orang ahli Patrol Denggi bersama-sama peserta yang lain mula menjalankan aktiviti gotong-royong mencari sampah-sarap yang boleh menakung air yang terdapat di kawasan sekitar kampung.

Ahli Patrol Denggi SKJMB

Tuan Pegawai Daerah yang turut sama bergotong-royong.







Kampung Nelayan merupakan sebuah kampung yang terletak di tepi laut. Rata-rata penduduknya bekerja sebagai nelayan. Kawasan sekitar kampung banyak terdapat sampah-sarap yang boleh menakung air dan menggalakkan pembiakan nyamuk aedes.



Ahli Patrol Denggi SKJMB memainkan peranan mereka dengan mengutip sampah-sarap yang ada. Terdapat tin kosong, tayar lama, botol-botol kosong, cawan plastik dan banyak lagi sampah yang berjaya dikumpulkan oleh ahli Patrol Denggi SKJMB.





Petugas-petugas daripada Kementerian Kesihatan juga turut memberikan panduan kepada ahli Patrol Denggi SKJMB untuk mengenalpasti kawasan yang berpotensi membiaknya nyamuk aedes.




Kesemua sampah yang berjaya dikutip telah dikumpul dan dimasukkan ke dalam tong sampah besar dengan kerjasama daripada pihak RELA.





Sampah-sampah ini telah diasingkan mengikut kategori oleh pihak Majlis Daerah Kerian. Akhir sekali tong sampah besar ini di mana semua sampah yang berjaya dikumpulkan diangkat oleh sebuah lori.




Ahli Patrol Denggi SKJMB juga telah mengambil peluang ini untuk mengedarkan risalah tentang bahayanya nyamuk aedes dan demam denggi kepada penduduk kampung.



Pada hari itu juga diadakan pameran aedes dan denggi bertujuan menyebarkan maklumat-maklumat penting yang perlu dikongsi bersama dengan penduduk setempat.




Di akhir program, majlis penyampaian cenderahati telah diadakan kepada  semua peserta gotong-royong. Ahli Patrol Denggi SKJMB juga tidak ketinggalan turut menerima cenderahati.


Semoga dengan adanya program seumpama ini akan meningkatkan lagi tahap kesedaran masyarakat setempat terhadap bahayanya nyamuk aedes dan demam denggi.

No comments:

Post a Comment