Patrol Denggi akan melibatkan seramai 30 orang ahli Doktor Muda SKJMB secara langsung dan keseluruhan warga sekolah secara tidak langsung. En. Azman B Abdul Halim selaku pengerusi majlis telah mengendalikan majlis ini dengan lancar. En. Rizal B Hashim pula telah menyampaikan ceramah ringkas mengenai nyamuk Aedes dan juga demam denggi.
Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Guru Besar SKJMB, En. Othman B Mohd Saad.
Semoga dengan adanya Program Patrol Denggi ini, akan timbul kesedaran di kalangan murid-murid dan seluruh warga SKJMB untuk turut sama-sama membanteras nyamuk aedes dan seterusnya demam denggi daripada berleluasa di kawasan persekitaran sekolah.
No comments:
Post a Comment