Tuesday, 5 August 2014

Jumlah Kes Denggi Mengikut Negeri di Malaysia








Berikut merupakan jumlah kes denggi bagi negeri-negeri di Malaysia bagi data tahun 2014. Daripada data ini dapat dilihat bahawa negeri Kelantan menunjukkan angka yang paling tinggi bagi kes denggi sebanyak 136 kes. Ini diikuti pula oleh negeri Selangor dengan 94 kes denggi. WP Kuala Lumpur berada di tangga ke tiga dengan 27 kes. Tiada kes denggi dilaporkan bagi negeri Perlis dan WPLabuan.

Negeri Perak telah mencatatkan sebanyak 10 kes denggi bagi tahun ini. Patrol Denggi SKJMB sangat berharap segala usaha dan tenaga yang diberikan akan dapat membantu mengurangkan angka yang tercatat.

Sumber: Berita Harian 6 Ogos 2014.

No comments:

Post a Comment