Tuesday, 30 September 2014

Lawatan ke Pusat Kesihatan Daerah Kerian

Sempena penyertaan kami dalam Pertandingan Patrol Denggi anjuran Sanofi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, dua orang guru Patrol Denggi telah berkunjung membuat lawatan ke Pusat Kesihatan Daerah Kerian.
Tujuan lawatan adalah untuk memaklumkan kepada pihak PKD tentang penyertaan kami ini dan seterusnya menjalinkan kerjasama yang erat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti melibatkan aedes dan denggi. Kami telah bertemu dengan anggota kesihatan yang telah banyak membantu memberi penerangan dan penjelasan tentang situasi wabak denggi di daerah Kerian.


Aktiviti Menjawab Soal Selidik Patrol Denggi

Hari ini semua ahli Patrol Denggi SKJMB telah menjawab satu soal selidik selepas Program Patrol Denggi dijalankan.
Kesemuanya kelihatan tekun mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pn. Hartini Bt Samsudin selaku guru Patrol Denggi.


Masa yang diambil untuk menjawab adalah selama 20 minit.




Semoga berjaya! :-)

Promosi Aktiviti Patrol Denggi SKJMB

Ahli Patrol Denggi SKJMB sedia berkongsi maklumat tentang bahayanya demam denggi dan cara-cara menghapuskan nyamuk Aedes dengan semua peringkat warga sekolah dan juga masyarakat setempat.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah menampal poster-poster tentang bahayanya Aedes ini di sekitar kawasan sekolah.



 Patrol Denggi SKJMB juga turut membuat poster iklan tentang bentuk media sosial yang digunakan untuk berhubung dengan warga sekolah dan masyarakat setempat. Antaranya ialah melalui blog http://patroldenggiskjmb.blogspot.com/, laman instagram, patroldenggiskjmb, kumpulan Facebook, DENGUE PATROL SKJMB dan juga laman tweeter, @patrolskjmb .


Patrol Denggi turut menghebahkan kepada murid-murid SK Jalan Matang Buluh secara terus tentang fakta-fakta penting yang perlu diketahui untuk menangani wabak denggi ini. Berkongsi fakta dan idea dapat menambahkan pengetahuan sedia ada murid-murid.




Monday, 29 September 2014

Gotong-royong Perdana- Jom Gempur Aedes anjuran Patrol Denggi SKJMB



Pada 27.9.2014 yang lalu telah diadakan Gotong-royong Perdana- Jom gempur Aedes anjuran Patrol Denggi SKJMB dengan kerjasama PIBG, guru-guru dan murid-murid SKJMB. Aktviti gotong-royong ini telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG iaitu En. Azadi Sani B Rahiman. 

Pendaftaran peserta telah dilakukan oleh ahli Patrol Denggi dan majlis telah dimulakan seawal jam 8.30 pagi. Selain daripada ahli PIBG sekolah, ramai juga ibu bapa murid yang turut hadir dengan membawa pelbagai jenis peralatan untuk bergotong-royong.

Sessi pendaftaran
Barisan guru-guru dan ibu bapa
Murid-murid yang hadir
Patrol Denggi SKJMB
 Pihak Pejabat Kesihatan Daerah telah turut sama hadir bagi menyampaikan ceramah tentang bahayanya nyamuk Aedes dan demam denggi kepada para hadirin. Ceramah telah disampaikan oleh En. Hashim B Hj Ramli, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan PKD Kerian.


Sessi ceramah turut diselang-seli dengan soalan kuiz. Sambutan murid-murid sangat menggalakkan sehinggakan apabila masa telah tamat untuk aktiviti seterusnya, masih ramai lagi murid yang ingin menjawab soalan kuiz.

Sessi ceramah sedang dijalankan
Antara murid yang dapat menjawab soalan kuiz dengan tepat
  Setelah menikmati jamuan makan, murid-murid menonton video berkenaan maklumat denggi yang ditayangkan di dewan sekolah. Pameran tentang aedes dan denggi juga turut diadakan sebagai acara sampingan. 

Bahan Pameran
Buku skrap hasilan Patrol Denggi SKJMB


Tidak ketinggalan untuk bergambar dengan aedes gergasi
Model nyamuk aedes hasilan Patrol Denggi SKJMB
Model nyamuk dari PKD Kerian
Antara bahan pameran yang dipamerkan





Kemudian, majlis diteruskan dengan aktiviti gotong-royong. Murid-murid dan ibu bapa yang hadir dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan yang akan dibersihkan. Setiap kumpulan diketuai dan diselia oleh seorang guru.

Pembahagian kawasan gotong-royong
Ceria memerangi aedes
Kita kutip semuanya!
Antara guru yang mengambil bahagian




Patrol Denggi SKJMB



Aktiviti gotong-royong ini selesai pada jam 11.30 pagi. Kelihatan kawasan sekolah lebih kemas dan bersih berbanding sebelum gotong-royong dijalankan. Kesemua sampah yang dikutip kemudiannya dikumpul ke dalam tong sampah besar yang disediakan oleh puhak Majlis Daerah Kerian. Jom gempur Aedes telah selesai pada hari ini! :-)

Sunday, 28 September 2014

Tarian Denggi

Hari yang cerah dan ceria pada hari ini turut dimeriahkan lagi dengan acara Tarian Denggi oleh Patrol Denggi SKJMB. Turut sama menyertai ialah barisan guru dan pentadbir yang sangat 'sporting' :-)






Patrol Denggi SKJMB
'Abang Aed' aka Abang Aedes

Majlis dimulai dengan sedikit adegan sketsa oleh 'nyamuk-nyamuk Aedes' yang sememangnya berbakat besar.

Sketsa sedang berlangsung
Kitar hidup nyamuk Aedes
Patrol Denggi SKJMB bersemangat memerangi nyamuk Aedes
Nyamuk dengan bangganya menerangkan tentang kitar hidupnya
Akhirnya tumpas juga semua nyamuk yang merbahaya
 Sketsa menceritakan tentang bagaimana Patrol Denggi SKJMB berusaha membanteras nyamuk Aedes dan demam denggi.
Nyamuk Aedes sebelum mati dibunuh

Enjoy!

Patrol Denggi SKJMB

Aedes pun menari!
Nyamuk aedes gergasi yang telah menjadi tawanan patrol denggi skjmb juga turut dipamerkan semasa aktiviti sedang berlangsung.


Guru-guru yang sangat sporting!

Tarian Denggi ini turut sama dijayakan oleh murid-murid Tahun 3, 4. 5 dan 6. Sungguh meriah dan asyik sekali mereka menari.
Dah letih ke tu? ;-)



Secara keseluruhannya perjalanan aktiviti hari ini sangat menggembirakan dan membuatkan semua murid yang terlibat peka tentang bahayanya nyamuk Aedes dan demam denggi. Jom gempur Aedes!